Thursday, June 5, 2008

:: IKHLAS ::



Kian berlabuh senja adiwarna

di tabir usia yg tuntas menginjak dewasa

Sendirian aku di kamar sepi

Menghitung dosa membilang hari

Setiap detik yg berlalu

Seakan menyelar tubuhku

Apakah yg telah kau lakukan selama ini??

Ke mana tumpahnya keringat basahmu??

Kpd prjuangan islam atau sebaliknya??

Ilahi rabbi...aku tidak pantas menjawab persoalan ini..

Tatkala diri diuji

Kau tertunduk lemah

Tatkala hati disakiti

Semangatmu rapuh berantakan

Tatkala dunia mentertawakanmu

Kekuatan jiwamu tidak kental menangkis

Malah kau menangis lemah

Merintih dek ujian yg hadir bertamu silih berganti

Duhai diri..

Di mana rasa kehambaanmu

Berwudhu’ hati yg menangis

Bertawajuh jiwa yg kian kegersangan

Bersujud pasrah atas segala ketentuanMu

Di atas sejadah Cinta ini

Taqarrub rohaniku penuh keikhlasan

Mengharapkan ruhul mutmainnah itu hadir

Mengusir segala karat mazmumah di hati

Syahdu mengalun memuji kebesaranMu

Zikrullah Kalamullah meniti di bibir

Meresapi seluruh atma

Menghadir sebuah ketenangan abadi

Menghijrah diriku ke daerah keinsafan

Mengilhami minda bahawa

Pasti ada hikmah di sebalik segalanya

Justeru bersabarlah duhai diri

Kerana sabar itu terlalu indah

IKHLASkan hatimu hanya keranaNya

Kerana IKHLAS itu kunci sebuah ketabahan!

Kuatkan dirimu demi perjuangan Islam!!!



1303pm-300408-ieman

6 DEKAD NAKBAH PALESTIN



Why reading this?
bcoz we're MUSLIM

"barangsiapa yang tidak mengambil tahu tentang urusan umat muslimin (maka dia) bukanlah daripada kalangan mereka (umat islam)"

oleh : Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding
Aman Palestin

(Sempena 60 tahun Nakbah (malapetaka) pembentukan Negara Haram Israel sejak 15hb Mei 1948)

Istilah Nakbah mungkin adalah satu perkataan yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin.

NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk asal bumi Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Pencetus penubuhan negara Yahudi

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Israel) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Zionis di Palestin.

klik link kat bawah utk baca seterusnya:

http://http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2121

"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun" (Al-Ahzab:23)

Wednesday, June 4, 2008

Aku Cuma Ada Seorang Adik...



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai saputangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. “Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagaikan singa lapar. Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai. “Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, “Saya yang ambil!” Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. Setelah puas melihat adik terjelepok dilantai, ayah merungut, “Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”


Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun airmatanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, ”Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!” Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.


Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, “Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!” “Tapi apalah maknanya bang… !” aku terdengar ibu teresak-esak. “Di mana kita nak cari duit membiayai mereka?” Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. “Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!” Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg….sebuah penampar singgah dipipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. “Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahankamu, ayah akan lakukan!” “Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,” aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak. “Kakak perempuan… biarlah kakak yangberhenti.”


Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat….. “Kak… untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.” Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan airmatanya memujuk ayah.


Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: “Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!” “Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?” Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. “Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!” Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?” Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. Dalam suara antara dengar dan tidak, akubersuara, “Akak tak peduli apa orang lain kata.” Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.” Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.


Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu. “Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.” “Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.” Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan. “Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya. “Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras.” Apalagi… aku menangis seperti selalu.


Aku berkahwin pada usia menginjak 27tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. “Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik. “Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada.” “Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk. “Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacaramajlis bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?” Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati. “Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai dirumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar.” “Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.” Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Hubb...Ilahi


Firman Allah Ta'ala (ertinya):

"Dan diantara manusia ada orang-orang yang mengangkat sembahan-sembahan
selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mencintai Allah. Adapun
orang-orang yang beriman sangat cinta kepada Allah." (Al-Baqarah: 165)

"Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara,
isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang
kamu khuatirkan kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu
sukai; itu lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan
(daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan
keputusan-Nya."." (Bara'ah/At-Taubah: 24)

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas Radhiyallahu 'anhu, bahwa
Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Ada tiga perkara, barangsiapa terdapat dalam dirinya ketiga perkara
itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih
dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya
kerana Allah; dan tidak mahu kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan
Allah darinya sebagaimana dia tidak mahu kalau dicampakkan ke dalam
api."

Dan disebutkan dalam riwayat lain: "Seseorang tidak akan merasakan
manisnya iman, sebelum…" dst.

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Ibnu 'Abbas Radhiyallahu 'anhuma, bahawa ia
berkata:

"Barangsiapa mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang
kerana Allah, membela seseorang kerana Allah dan memusuhi seseorang kerana
Allah, maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan dari Allah hanyalah
bisa diperoleh dengan hal tersebut. Dan seorang hamba tidak akan
menemukan rasa nikmatnya IMAN, sekalipun banyak shalat dan shiyamnya, sehingga
dia bersikap demikian. Persahabatan di antara manusia pada umumnya
didasarkan atas kepentingan dunia, namun hal itu tidak berguna sedikitpun
bagi mereka."


Kandungan tulisan ini:

Tafsiran ayat dalam surah Al-Baqarah. Ayat ini menunjukkan barangsiapa
mempertuhankan selain Allah dengan mencintainya seperti mencintai Allah
maka dia adalah musyrik.

Tafsiran ayat dalam surah Bara'ah/At-Taubah. Ayat ini menunjukkan bahwa
cinta kepada Allah dan cinta kepada yang dicintai Allah wajib
didahulukan di atas segala-galanya.

Wajib mencintai Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam lebih daripada
kecintaan terhadap diri sendiri, keluarga dan harta benda.

Pernyataan "tidak beriman", bukan berarti keluar dari Islam, (tetapi
artinya ialah tidak beriman sempurna).

Bahawa IMAN ada rasa manisnya, kadangkala dapat diperoleh seseorang dan
kadangkala tidak.

Disebutkan empat sikap yang merupakan syarat mutlak untuk memperoleh
kewalian dari Allah, dan seseorang tidak akan menemukan rasa nikmatnya
iman kecuali dengan keempat sikap itu.

Pemahaman Ibn 'Abbas terhadap realiti, bahawa hubungan persahabatan pada
umumnya didasarkan atas kepentingan duniawi.

Tafsiran ayat: "... dan terputuslah segala hubungan antara mereka sama
sekali." Ayat ini menunjukkan bahwa kecintaan dan kasih sayang yang
telah dibina orang-orang musyrik di dunia akan terputus sama sekali ketika
di akhirat, dan masing-masing dari mereka akan melepaskan diri darinya.

Ancaman terhadap seseorang yang kedelapan perkara tersebut di atas
(orang tua, anak-anak, saudara, isteri, kaum keluarga, harta kekayaan,
perniagaan dan tempat tinggal) lebih dicintainya daripada agamanya.

Memuja selain Allah dengan mencintainya sebagaimana mencintai Allah,
itulah syirik akbar.

Dikutip dari buku: "Kitab Tauhid" karangan Syaikh Muhammad bin Abdul
Wahhab.Penerbit: Jabatan Kerjasama Da'wah dan Bimbingan Islam, Riyadh
1418 H.