Thursday, June 5, 2008

:: IKHLAS ::



Kian berlabuh senja adiwarna

di tabir usia yg tuntas menginjak dewasa

Sendirian aku di kamar sepi

Menghitung dosa membilang hari

Setiap detik yg berlalu

Seakan menyelar tubuhku

Apakah yg telah kau lakukan selama ini??

Ke mana tumpahnya keringat basahmu??

Kpd prjuangan islam atau sebaliknya??

Ilahi rabbi...aku tidak pantas menjawab persoalan ini..

Tatkala diri diuji

Kau tertunduk lemah

Tatkala hati disakiti

Semangatmu rapuh berantakan

Tatkala dunia mentertawakanmu

Kekuatan jiwamu tidak kental menangkis

Malah kau menangis lemah

Merintih dek ujian yg hadir bertamu silih berganti

Duhai diri..

Di mana rasa kehambaanmu

Berwudhu’ hati yg menangis

Bertawajuh jiwa yg kian kegersangan

Bersujud pasrah atas segala ketentuanMu

Di atas sejadah Cinta ini

Taqarrub rohaniku penuh keikhlasan

Mengharapkan ruhul mutmainnah itu hadir

Mengusir segala karat mazmumah di hati

Syahdu mengalun memuji kebesaranMu

Zikrullah Kalamullah meniti di bibir

Meresapi seluruh atma

Menghadir sebuah ketenangan abadi

Menghijrah diriku ke daerah keinsafan

Mengilhami minda bahawa

Pasti ada hikmah di sebalik segalanya

Justeru bersabarlah duhai diri

Kerana sabar itu terlalu indah

IKHLASkan hatimu hanya keranaNya

Kerana IKHLAS itu kunci sebuah ketabahan!

Kuatkan dirimu demi perjuangan Islam!!!



1303pm-300408-ieman

2 comments:

assyahida said...

susahnya mencapai maqam ikhlas yang tertinggi...

bagus! sgt mnyentuh hati membacanya

'Aaliyah said...

Salam..

Tertanya2 juga kekadang.Cmne ye nek mcapai maqam ikhlas yg tertinggi ni? Hm.. Ape ye yg menyebabkan sesorang tu rsa susah?